Sunday, March 4, 2012



Aku adalah seorang yang tidak begitu pandai berbanding dengan kawan-kawan dan adik-beradikku. Aku selalu dapat D untuk semua subjek. Gred yang paling tinggi yang aku pernah dapat adalah C. Adik-beradikku dan kawan-kawanku selalu pandang rendah terhadapku. Aku selalu berasa sedih dan selalu menangis dalam hatiku apabila mereka berkata begitu. Ibu bapaku tidak pernah menyokongku. Mereka tidak mengambil kisah tentang pelajaranku kerana aku tidak akan menjadi pandai.
Aku ada seorang kawan baik yang mengambil kisah tentang aku. Namanya Irsyad. Dia seorang yang pandai. Dia selalu mendapat A* untuk semua subjeknya. Dia selalu menolong orang yang ada kesukaran dalam pelajaran.
PSLE sudah dekat. Semua budak darjah enam akan belajar dengan tekun untuk peperiksaan ini. Aku pun belajar dengan tekun. Aku sebernanya mahu meminta pertolongan Irsyad tetapi aku takut aku akan mengganggunya kerana dia juga perlu belajar. Tetapi aku mengikut hatikku dan menelefon Irsyad. Dengan tidak disangka, dia sudi untuk menolongku. Dia pun datang ke rumahku dan dia mengajarku apa yang aku mahu dia mengajarku.
Hari yang aku sudah belajar untuk sudah sampai. Aku pun berasa yakin untuk peperiksaan ini kerana aku sudah belajar dengan tekun untuk peperiksaan ini. Aku berasa yang peperiksaan ini sungguh mudah. Apabila, aku memberitahu kawan-kawanku yang peperiksaan itu sungguh mudah, mereka tidak percaya padaku. Aku berasa sedih. Tetapi apabila aku memberitahu Irsyad yang peperiksaan itu sungguh mudah, dia percya dan berkata tahniah padaku. Aku pun berasa gembira.
Hari yang aku sudah nantikan sudah datang. Aku tidak sabar untuk mendapat keputusanku. Giliranku sudah datang. Aku pun datang ke arah cikguku dengan perlahan. Apabila saya datng untuk mengambil keputusanku, Cikguku tiba-tiba senyum kapadaku dan berkata tahniah. Aku terperanjat. Aku pun mengambil keputusanku dan aku tiba-tiba menangis. Aku mendapat A* untuk Bahasa Melayu dan A untuk subjek-subjek yang lain.
Apabila orang- orang yang selalu memandang rendah terhadapku tahu keputusanku, mereka terperanjat dan meminta maaf terhadapku. Aku pun berasa bangga terhadapku. Aku juga mengucap terimakasih kepad Irsyad kerana dialah yang selalu ada di sisiku. Aku akan belajar dengan tekun dan tidak akan menjadi bodoh seperti dulu. Bak kata perpatah "belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam".