Sunday, March 4, 2012



Aku adalah seorang yang tidak begitu pandai berbanding dengan kawan-kawan dan adik-beradikku. Aku selalu dapat D untuk semua subjek. Gred yang paling tinggi yang aku pernah dapat adalah C. Adik-beradikku dan kawan-kawanku selalu pandang rendah terhadapku. Aku selalu berasa sedih dan selalu menangis dalam hatiku apabila mereka berkata begitu. Ibu bapaku tidak pernah menyokongku. Mereka tidak mengambil kisah tentang pelajaranku kerana aku tidak akan menjadi pandai.
Aku ada seorang kawan baik yang mengambil kisah tentang aku. Namanya Irsyad. Dia seorang yang pandai. Dia selalu mendapat A* untuk semua subjeknya. Dia selalu menolong orang yang ada kesukaran dalam pelajaran.
PSLE sudah dekat. Semua budak darjah enam akan belajar dengan tekun untuk peperiksaan ini. Aku pun belajar dengan tekun. Aku sebernanya mahu meminta pertolongan Irsyad tetapi aku takut aku akan mengganggunya kerana dia juga perlu belajar. Tetapi aku mengikut hatikku dan menelefon Irsyad. Dengan tidak disangka, dia sudi untuk menolongku. Dia pun datang ke rumahku dan dia mengajarku apa yang aku mahu dia mengajarku.
Hari yang aku sudah belajar untuk sudah sampai. Aku pun berasa yakin untuk peperiksaan ini kerana aku sudah belajar dengan tekun untuk peperiksaan ini. Aku berasa yang peperiksaan ini sungguh mudah. Apabila, aku memberitahu kawan-kawanku yang peperiksaan itu sungguh mudah, mereka tidak percaya padaku. Aku berasa sedih. Tetapi apabila aku memberitahu Irsyad yang peperiksaan itu sungguh mudah, dia percya dan berkata tahniah padaku. Aku pun berasa gembira.
Hari yang aku sudah nantikan sudah datang. Aku tidak sabar untuk mendapat keputusanku. Giliranku sudah datang. Aku pun datang ke arah cikguku dengan perlahan. Apabila saya datng untuk mengambil keputusanku, Cikguku tiba-tiba senyum kapadaku dan berkata tahniah. Aku terperanjat. Aku pun mengambil keputusanku dan aku tiba-tiba menangis. Aku mendapat A* untuk Bahasa Melayu dan A untuk subjek-subjek yang lain.
Apabila orang- orang yang selalu memandang rendah terhadapku tahu keputusanku, mereka terperanjat dan meminta maaf terhadapku. Aku pun berasa bangga terhadapku. Aku juga mengucap terimakasih kepad Irsyad kerana dialah yang selalu ada di sisiku. Aku akan belajar dengan tekun dan tidak akan menjadi bodoh seperti dulu. Bak kata perpatah "belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam".

Wednesday, February 15, 2012

Artikel Renungan Kes Curi Basikal

1) Isi utamanya adalah semakin banyak basikal yang telah dicuri dan terutama sekali di kawasan perumahan awam, laluan pejalan kaki dan juga stesen MRT.

2) Orang-orang yang tidak mahu menjadi mangsa pencurian basikal harus memberikan perhatian kepada artikel itu.

3) Kes ini menjadi lebih teruk apabila pencuri itu menjual basikal itu.

4) Mereka akan dijual di Sungei Road, bazar di City Plaza dan juga di lokasi sementara di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.

5) Kes kecurian basikal ini boleh dikurangkan dengan menyimpan basikal mereka di rumah apabila ia tidak digunakan dan juga mengunci basikal mereka di tempat khas seperti rak-rak basikal.

6) Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini bertambah kerana mangsa
-mangsa tidak tahu di mana mereka seharusnya meletak basikal mereka dan juga kerana mereka tidak mengunci mangga-mangga mereka.

Sunday, February 5, 2012

Artikel Renungan

Pada pendapat saya, Encik Kim adalah seorang yang bijak. Dia tidak mementingkan duitnya kerana dia tahu yang duit bukan segalanya. Dia bukan orang yang mata-duitan dan tidak mementingkan duit. Saya rasa dia menunjukkan contoh yang baik untuk askar-askar yang lain di Korea. Saya rasa dia adalah orang yang tegas sebagai bekas askar Korea.

Saya mempelajari bahawa kita tidak boleh berputus asa dan harus menggunakan apa sahaja yang kita ada untuk keperluan masing masing. Saya juga mempelajari bahawa duit bukan segalanya. Duit bukan boleh menolong kita untuk membuat segalanya. Saya mahu mengikut contoh Encik Kim untuk membakar duitnya. Dia juga adalah seorang yang berani kerana tahu untuk menjaga dirinya sendiri tanpa pertolongannya.

Tukilan itu adalah satu-satunya tukilan yang menarik saya pernah baca. Sekarang saya sudah tahu bahawa duit bukan sahaja untuk membeli sesuatu tetapi boleh juga untuk membuat badan kita lebih panas apabila kami dalam kesusahan. Saya sudah tidak takut untuk membakar duit lagi. Saya sudah berani.

Saturday, January 28, 2012

Biodata saya

Nama saya: Luqman Nur Hakim
Sekola menengah: Sekolah Menengah Compassvale
Sekolah Rendah: Sekolah Rendah North Spring
Hari Lahir: 19 Mei 1999
Ko-kurikular Aktiviti: Youth Flying Club
Hobi: Bermain Bola Sepak bersama kawan